CARA SOLAT SUNAT TASBIH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini admin ingin berkongsi cara Solat Sunat Tasbih. Jom kita solat sama-sama. Insya Allah.

1. Waktu Solat Sunat  Tasbih.

Terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini, bergantung kepada waktu ianya dikerjakan:
a. Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
b. Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam.

2. Niat Solat Sunat Tasbih 

a. USHOLLI SUNNATAT TASBIHI ARBA’A RAK’AATIN LILLAHI TA’ALAA

Artinya:Aku niat solat tasbih empat rakaat karena Allah Ta'ala.

" Niat solat sunah tasbih pada malam hari (4 rakaat dengan 2 salam) dengan membaca dalam hati bacaan di atas:

b. USHOLLI SUNNATAT TASBIHI RAK’ATAINI LILLAHI TA’ALAA

Artinya: " Aku Niat solat tasbih dua rakaat karena Allah Ta'ala."

3. Cara Solat Sunat Tasbih 

Rakaat Pertama

1.    Niat ketika Takbiratul Ihram;

2.    Membaca surah Al-Fatihah;

3.    Membaca surah selepas Al-Fatihah. Seterusnya bertasbih sebanyak 15 kali;

4.    Rukuk bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

5.    Iktidal bacaan doa seperti biasa dan  seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

6.    Sujud bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

7.    Duduk diantara dua sujud bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

8.    Sujud kedua bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali; dan

9.    Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali.

Rakaat Kedua

1.    Membaca surah Al-Fatihah.

2.    Membaca surah selepas Al-Fatihah. Seterusnya bertasbih sebanyak 15 kali;

3.    Rukuk bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

4.    Iktidal bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

5.    Sujud bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

6.    Duduk diantara dua sujudbacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

7.    Sujud kedua bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

8.    Duduk tasyahud akhir dan membaca tahiyat bacaan doa seperti biasa dan seterusnya bertasbih sebanyak 10 kali;

9.    Memberi salam.


Nota:

Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat dalam rakaat di atas, tasbih tersebut bolehlah digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah:

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA





Post a Comment

0 Comments