بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini 8.8.2021 admin ingin berkongsi mengenai beberapa amalan zikir dan doa yang boleh dijadikan amalan untuk melindungi diri dan keluarga kita daripada wabak COVID-19 dan wabak-wabak merbahaya yang lain serta sihir. Amalan-amalan zikir ini admin perolehi daripada pengamal perubatan Islam dan diharapkan dapat diamalkan dan disampaikan. Insya Allah.
Cara mengamalkan
1. Membaca Bismillahirahmanirahim.
2. Seterusnya bermohon kepada Allah S.W.T agar zikir yang kita baca ini diberi Allah S.W.T perlindungan dan menjauhkan diri kita dan keluarga kita daripada wabak COVID-19 dan wabak-wabak merbahaya yang lain serta sihir. Selepas itu kita hendaklah bertawakal serta menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya. Insya Allah, Allah pelihara kita. Zikir-zikir tersebut adalah:
1. لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ - baca 100 atau sehingga 1000 kali;
2. اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيمُ - baca 100 atau sehingga 1000 kali; dan
3. لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ - baca 100 atau sehingga 1000 kali.
Nota: Baca sehingga sembuh terutama ketika waktu terkena COVID-19 dan yakin sepenuhnya tanpa ragu-ragu bahawa sesungguhnya Allah S.W.T Yang Maha menyembuhkan segala penyakit. Insya Allah
Antara zikir-zikir harian dan doa amalan lain yang baik diamalkan juga adalah seperti berikut:
Semoga dapat diamalkan dan disampaikan.Insya Allah.
0 Comments